Date: Isnin, Ogos 8, 2022

06.08.2022 (Sabtu) 4.30pm

Sesi libat urus YBhg. Dato; Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bersama warga Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) telah diadakan di Pejabat PPK2 yang terletak di Queen’s Court, Jalan Wan Alwi, Kuching, Sarawak.

Sesi libat urus ini adalah bertujuan untuk beramah mesra sambil berbincang mengenai peranan PPK2 di Sarawak serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek serta pentadbiran pejabat.

Turut hadir ialah Puan Sr Thalasiah Binti Mohd Saad (menjalankan tugas Pengarah PPK2), En Morni Bin Buang iaitu Jurutera Awam Penguasa Kanan PPK2 (Sarawak) serta kehadiran semua warga PPK2 secara fizikal dan online dari seluruh negeri Sarawak.