Date: Selasa, Mei 11, 2021

Satu sesi penyerahan Perakuan Pendudukan Separa No. 2 (CPO2) telah diadakan pada 10 Mei 2021 Jam 8.45 pagi yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR), YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman. Kawasan serahan CPO2 adalah dari Ch.0 hingga Ch.10100. Serahan dilakukan dengan pencapaian 6 dalam 1 iaitu:

1. Perakuan Pendudukan Separa no. 2 (CPO2)
2. Serahan Final Bill of Quantity (BQ)
3. Serahan Lukisan As-Built
4. Serahan Operation & Manual
5. Inovasi dua (2) Kaedah Rawatan Geoteknikal
6. Penjimatan sebanyak RM9 juta.

Secara keseluruhan, 15km daripada 45km jajaran projek telah dibuat serahan secara CPO melibatkan CPO1 (5km) dan CPO2 (10km). Penyiapan penuh secara CPC adalah dijangka pada November 2021 iaitu sebulan awal dari tarikh sebenar penyiapan projek.

Diharapkan dengan penyerahan ini dapat memberi kelegaan dan meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya serta penduduk setempat menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.