Date: Jumaat, September 3, 2021

Sesi penyerahan projek siap bagi KERJA-KERJA  PENGGANTIAN LIF DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PERUMAHAN POLIS DESA AMAN 1 (4 UNIT) DAN PERUMAHAN POLIS DESA AMAN 2 (6 UNIT), PANTAI DALAM, WP KUALA LUMPUR telah diadakan pada 2.30 petang, 30 Ogos 2021 (Jumaat) secara hybrid (Fizikal dan Maya) di JKR WP Kuala Lumpur.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Norman bin Md Rabani, Pengarah Jabatan Kerja Raya W.P Kuala Lumpur kepada Inspektor Ahmad Zikri Bin Mohd Zalik, Inspektor Pengurusan Fasiliti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YBrs. Tn Hj. Jalil Husni bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian I, Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri.

Turut hadir sama ke majlis ini adalah wakil dari Kementerian, Agensi, Jabatan dan wakil pihak Kontraktor Lif, iaitu :

Kementerian Dalam Negeri (Hadir Secara Maya)

      i.        En Ahmad Yazid bin Hamdan, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan

Polis Diraja Malaysia

      i.        En. Mohamad Amir Bin Amir Hamzah, Jabatan Logistik, IPK Kuala Lumpur

Jabatan Kerja Raya Malaysia (Hadir Secara Maya)

      i.        Ir. Zalina binti Mohd Yusuf, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

     ii.        Ir. Mohd Naimie bin Mazid, Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Kerja Raya WP Kuala Lumpur

      i.        Ir. Ts. Hj. Mohamad Zaini bin Bakar, Jurutera Mekanikal Penguasa, Bahagian Mekanikal

Kontaktor Lif – MBP Services Sdn Bhd

      i.        Pn. Liliana binti Abdul Latib, Pengarah

     ii.        Ir. Mohammad Anuar Yusof, Pengarah

 

Projek ini merupakan projek di bawah kendalian Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pelaksanaan pembinaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah MBP Services Sdn Bhd. Tarikh milik tapak adalah pada 18 Disember 2019. Bangunan yang telibat adalah dua (2) blok kediaman pegawai polis dan dua (2) blok kediaman anggota polis yang terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Projek ini melibat penggantian sepuluh (10) unit Lif dan telah dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama (1) melibatkan penggantian lima (5) buah lif dan telah diserahkan untuk kegunaan penduduk selepas mendapat Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (PMA) daripada pihak JKKP pada  17 Disember 2020. Fasa kedua (2) juga melibatkan lima (5) buah lif dan telah mendapat Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (PMA) pada 15 April 2021.

Skop keseluruhan kontrak lif, kerja-kerja sivil dan elektrik telah diperakukan siap sepenuhnya pada 30 Ogos 2021.

Projek ini berjaya disiapkan secara 4 dalam 1 iaitu :

      i.        Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) diperakukan pada tarikh siap kontrak;

     ii.        Penyerahan disempurnakan pada tarikh siap kontrak;

    iii.        Lukisan siap bina (As-Built) dan Operation & Maintenance Manual (OMM); dan

   iv.        Penyata Akaun Muktamad (SOFA).