Date: Khamis, March 10, 2022

10 Mac 2022 (Khamis)

9.00 pagi

Lobi, Menara Kerja Raya

 

Pelaksanaan Skim Penarafan Hijau JKR (pHJKR) merupakan salah satu daripada usaha berterusan Jabatan Kerja Raya dalam memastikan visi dan teras pembangunan lestari dilaksanakan di dalam projek-projek JKR. Skim Penarafan Hijau JKR (pHJKR) dibangunkan untuk mengukur dan menilai tahap kelestarian sesebuah projek bangunan atau jalan. Sistem penarafan pHJKR ini juga merupakan satu kaedah dalam membantu pasukan projek menyediakan strategi yang komprehensif dan sesuai ke arah pelaksaanaan projek lestari. Bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan Penarafan Hijau JKR (pHJKR) dalam projek-projek JKR, Surat Arahan KPKR Bil.2/2020 bertarikh 17 Januari 2020 telah dikeluarkan bagi memastikan projek-projek yang memenuhi syarat dapat melaksanakan pHJKR.

Tahap kelestarian projek-projek yang melaksanakan pHJKR diukur semasa peringkat rekabentuk dan operasi. Sehingga tahun 2021 , pencapaian pHJKR bagi projek-projek adalah menggalakkan dengan sejumlah 35 projek bangunan dan 35 projek jalan telah melalui proses Penilaian Reka bentuk (PRB) manakala sebanyak 29 projek bangunan dan 2 projek jalan telah pun melaksanakan Verifikasi Pemarkahan (VP). Daripada jumlah itu sebanyak 27 projek telah mendapat pengiktirafan 2 bintang dan ke atas semasa peringkat Verifikasi Pemarkahan (VP). Sijil penarafan penuh bagi projek yang berjaya memperoleh pengiktirafan bintang akan diserahkan kepada pemilik projek/bangunan tersebut.

Justeru itu, bagi menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan pHJKR bagi projek-projek JKR, pihak JKR melalui Ketua Pengarah Kerja Raya dengan sukacitanya menyampaikan sijil pengiktirafan bintang pHJKR kepada wakil pemilik projek/bangunan bagi projek-projek berikut:

 
 

 

  1. PEMBINAAN FAKULTI SISTEM KOMPUTER & KEJURUTERAAN PERISIAN (FSKKP), UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG yang dianugerahkan dengan pengiktirafan 2 BINTANG. Sijil telah diserahkan kepada wakil pelanggan, Ir. Ts Haji Azreen Yaacob ~ Jurutera, Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta, Universiti Malaysia Pahang.


 

2. CADANGAN PEMBANGUNAN MAKMAL PENYELIDIKAN FAKULTI  SAINS GUNAAN SERTA INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM SELANGOR  yang dianugerahkan dengan pengiktirafan 3 BINTANG. Sijil telah diserahkan kepada wakil pelanggan, Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Hj. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM Shah Alam.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak Cawangan Kerja Pendidikan selaku HOPT dan semua HODT berkenaan bagi kedua-dua projek ini di atas komitmen dan kerjasama bersama pihak kontraktor iaitu Pembinaan Jaya Zira Sdn. Bhd dan Worldbay Solution Sdn. Bhd dalam memastikan projek-projek tersebut berjaya mendapat pengiktirafan bintang bagi pHJKR.

  1. MEMBINA JALAN PENGHUBUNG KE KAWASAN PEMBANGUNAN BARU BERMULA 3KM SELEPAS INTERCHANGE TEMIANG KE FT86 JALAN PANTAI, NEGERI SEMBILAN yang dianugerahkan dengan pengiktirafan 4 BINTANG.

Syabas dan penghargaan juga kepada HOPT, Cawangan Jalan dan setiap HODT yang terlibat di dalam projek ini.

Adalah diharapkan pengiktirafan tersebut dapat menjadi galakan dan dorongan kepada kita semua untuk memperkasakan pelaksanaan pHJKR dalam projek-projek dan seterusnya merealisasikan aspirasi supaya semua projek kerajaan dilaksanakan secara lestari. Bagi pasukan projek dan pemilik bangunan semoga prestasi dan kecemerlangan bangunan lestari dapat dikekalkan.