Date: Selasa, Mei 28, 2019

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi Projek Central Spine Road, Pakej 5: Raub Ke Bentong, Pahang, Seksyen 5A : Raub Bypass telah berlangsung pada hari Selasa, 28 Mei 2019 di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman kepada kontraktor yang berjaya iaitu Majulia Sdn Bhd. Projek sepanjang 9.5 kilometer ini merupakan kesinambungan bagi Pakej 5 dari Raub ke Bentong dan merupakan seksyen yang terakhir dilaksanakan untuk pakej ini.

HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek ECER, Cawangan Jalan manakala Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Unit Projek  Khas ECER 2, dilantik sebagai Pegawai Penguasa projek tersebut. Tempoh siap projek adalah selama 156 minggu dengan tarikh milik tapak pada 13 Jun 2019 dan siap pada 8 Jun  2022.

JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.


Disediakan oleh;
Bahagian Pengurusan Projek ECER
Cawangan Jalan