Date: Rabu, Februari 26, 2025

Pada 20 Februari 2025, telah diadakan satu sesi perjumpaan dan beramah mesra YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail bersama Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK). Sesi perjumpaan ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Pengurusan Atasan JKR Malaysia dengan wakil Kader Jabatan Kerja Raya di Kementeriaan, Jabatan dan Agensi. Mesyuarat Majlis Tindakan Kader (MTK) Bilangan 1/2025 turut diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam 2, Aras 1, Menara Kerja Raya (Blok G), hari yang sama. 

Mesyuarat Tindakan Kader yang diadakan empat (4) kali setahun ini dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Adilah Binti Ismail, Pengerusi (Interim) Majlis Tindakan Kader (MTK). Beliau merupakan pegawai Kader jabatan yang kini bertugas di Bahagian Konsultatif Dan Referal Teknikal, Unit Penyelarasan Dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan permasalahan Kader – Kader JKR Malaysia dan cadangan - cadangan penambaikan kepada Pengurusan Tertinggi agar perkhidmatan Kader lebih sistematik, berkesan dan berkualiti dalam penyampaian perkhidmatan.

Program telah ditangguhkan pada jam 1 tengah hari. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) yang telah berjaya menguruskan sesi ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat