Date: Isnin, Ogos 5, 2024

Pada 30 Julai 2024 (Selasa) telah berlangsung satu perjumpaan dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali dan disertai oleh, Ketua Pengarah Pertanian YBhg. Dato' Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), YBrs. Encik Shamsul Akbar bin Sulaiman, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), YBrs. Encik Amir bin Matamin serta Setiausaha Bahagian Pembangunan KPKM, YBrs. Encik Norazli bin Indzam.

Kehadiran delegasi dari KPKM ini disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), YBrs. Ir. Dr Hannerita Bt Mohamad Zainal dari Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2), YBrs. Encik Siaw Wai San dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), YBrs. Ir. Hanif Bin Latif Jurutera Daerah Kuala Langat serta pegawai-pegawai cawangan. Sesi diteruskan dengan perbincangan dua hala di Bilik Mesyuarat Perdana.

Semoga perjumpaan ini berjaya mencapai hasrat yang ditetapkan di samping dapat mengenal dan mengeratkan lagi hubungan antara KPKM dan JKR. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali atas kesudian berkunjung ke Jabatan Kerja Raya Malaysia.