Date: Isnin, November 26, 2018

22 November 2018 - Sesi ramah mesra dan temubual bersama YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya oleh media sempena sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat JKR 2018 yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Disember 2018.

Temubual telah diadakan di aras 33 Menara Kerja Raya oleh media Astro Awani, Kosmo, Malaysia Gazette, Utusan Malaysia, Harian Metro, Al Hijrah, RTM, Berita Harian dan New Straits Times Press.

Hari Profesion Teknikal Negara bertujuan untuk menghargai sumbangan dan khidmat bakti para profesion teknikal dalam usaha membangunkan negara dan mewujudkan platform bagi profesion teknikal menyuarakan pandangan, berinteraksi dengan masyarakat dan mempromosi profesion di kalangan generasi baru.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi Hari Profesion Teknikal Negara 2018.