Date: Khamis, Februari 25, 2016
25 Feb 2016- Satu sesi temubual YBhg.Dato'Ir.Dr.Roslan b Md Taha, TKPKR (Sektor Infra) bersama Wartawan Utusan Malaysia telah berlangsung di Pejabat TKPKR (Sektor Infra) Tingkat 33, Menara Kerja Raya.Sesi temubual tersebut telah berlangsung hampir 2 jam bertujuan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan penyenggaraan jalan dan langkah-langkah proaktif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan ini demi untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
 
Semoga artikel yang bakal diterbitkan hasil daripada sesi temubual ini akan dapat memberi pencerahan berkaitan isu penyenggaraan jalan kepada rakyat secara umumnya.