Sesi Town Hall Ketua Pengarah Kerja Raya bersama-sama Jurutera Daerah JKR Malaysia Tahun 2025 telah diadakan pada 20 Januari 2025 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 2 Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sesi ini telah diterajui oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail dan turut disertai oleh semua barisan kepimpinan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
Sesi Town Hall ini merupakan salah satu platform hubungan komunikasi dua hala antara pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan dengan Jurutera Daerah/Jajahan JKR dimana sesi perkongsian pandangan, aspirasi, perbincangan isu-isu dan cabaran yang dihadapi di lapangan dapat disampaikan secara terus dan terbuka.
- Making decisions
- Sense of urgency
- Facilitates others
- Ease of doing business
- Hands-on approach
- Professional appearance & conduct
Seramai 51 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya Malaysia melibatkan 11 Negeri telah hadir menyertai sesi ini. Dengan adanya sesi sebegini diharap dapat memperkasakan lagi kerjasama dan penyampaian dalam organisasi demi memastikan semua pihak selaras dengan visi dan misi Jabatan.


- 1165 bacaan