Date: Sabtu, September 9, 2017

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Zohari bin Hj. Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran "Datuk" sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Tahun 2017 yang diraikan pada 09 September 2017 (Sabtu).

Sesungguhnya pengurniaan pingat ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan Negara di atas jasa bakti dan sumbangan YBhg. Datuk  kepada Kementerian Kerja Raya khususnya dan Negara amnya.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga di atas penganugerahan ini. Tahniah YBhg. Datuk.