Date: Jumaat, Oktober 14, 2016

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Ar. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (Gred Utama A - Khas Untuk Penyandang), JKR Malaysia kerana telah dinaikan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Gred Utama A berkuatkuasa mulai 07 Oktober 2016. Watikah pelantikan sebagai TKPKR (Sektor Bangunan) telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia pada 14 Oktober 2016.

Semoga pelantikan ini menyuntik semangat warga Jabatan Kerja Raya untuk sama-sama terus berjuang meningkatkan prestasi dan memantapkan organisasi JKR sebagai agensi teknikal utama negara. Sesungguhnya warga JKR berasa amat berbangga dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk di atas kenaikan pangkat tersebut.