Date: Jumaat, Oktober 2, 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil. 8 Tahun 2020 telah meluluskan kenaikan pangkat YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, Jurutera Awam Gred Utama C ke Jurutera Awam Gred Utama B berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2020.
Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 2 Oktober 2020, di tingkat 33 Menara Kerja Raya.
Tahniah diucapkan.
- 2279 bacaan