Date: Jumaat, Ogos 14, 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Pekhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2020 telah meluluskan kenaikan pangkat YBrs. Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian, Jurutera Awam Gred Utama B ke Jurutera Awam Gred Utama A berkuat kuasa mulai 25 April 2020.

Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 14 Ogos 2020, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. 
 
Tahniah diucapkan.