Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) berkuatkuasa mulai 24 Ogos 2016. Watikah pelantikan sebagai KPKR telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri KSN pada 23 Ogos 2016. Semoga pelantikan ini menyuntik semangat warga Jabatan Kerja Raya untuk sama-sama terus berjuang meningkatkan prestasi dan memantapkan organisasi JKR sebagai agensi teknikal utama negara. Sesungguhnya warga JKR berasa amat berbangga dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri di atas pelantikan tersebut.
- 958 bacaan