Date: Ahad, Jun 27, 2021

Tahniah diucapkan kepada Ts. Bismiazan bin Abd. Razak, Arkitek (J44), JKR Malaysia yang sedang mengikuti pengajian Ph.D. in Architecture, UKM dan pasukan penyelidik (P.M. Ar. Dr. Mohd. Farid bin Mohamed, Dr. Wardah Fatimah binti Mohammad Yusoff dan Dr. Mohd. Khairul bin Mat Sulaiman – FKAB, UKM) kerana telah dianugerahkan sebagai “Best Presenter” di 1st. International Conference of Advanced Research on Renewable Energy for Universal Sustainability 2021 (ARUS2021), Kuala Lumpur dengan tajuk pembentangan “Integrated Environmental Solutions-Virtual Environment (IES-VE) Software Accuracy Validation on Naturally Ventilated Royal Malaysian Police (RMP) Lockup’s Thermal Performance Simulation” di bawah sub-tema “Green Sustainability and Innovation”.

Sijil penghargaan pembentangan dan penganugerahan sebagai “Best Presenter” oleh pihak penganjur

 

Sesi pembentangan secara Virtual Conference

 

ARUS2021 merupakan persidangan antarabangsa bertemakan “Clean Energy: Potentials and Trends in Future Development” berlangsung selama 2 hari pada 22 – 23 Jun 2021 di Kuala Lumpur secara Virtual Conference anjuran Arus Infiniti Sdn. Bhd. dan Razak Faculty of Technology and Informatics, Universiti Teknologi Malaysia (UTM RAZAK) dan diiktiraf oleh Malaysian Board of Technologist (MBOT) telah menghimpunkan lebih daripada 60 penyertaan dari dalam dan luar negara terdiri daripada ahli akademik, para penyelidik, professional dan pemain industri dalam bidang Renewable Energy dan Green Technology yang berfungsi sebagai satu platform untuk bertukar dan berkongsi idea, pengalaman, penemuan dan teknologi baru serta hasil penyelidikan dalam bidang berkaitan.

 

Tajuk dan Abstract kertas kerja penyelidikan

 

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk terus terlibat dalam penyelidikan dan pembentangan kertas kerja di masa hadapan.