Date: Isnin, Oktober 17, 2016

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Fadillah Yusof di atas penganugerahan 'Professional Of The Year 2016' di dalam majlis pembukaan Kongres dan Pameran Serantau IRF Asia Ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober 2016.

Anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi IRF, Abdullah Al-Mogbel. Anugerah yang diperkenalkan sejak 1951 itu diberikan kepada penggiat industri pengangkutan jalan yang banyak menyumbang dan komited terhadap pembangunan industri tersebut terutamanya mewujudkan rangkaian jalan raya global yang lebih selamat dan lebih baik.