Date: Jumaat, November 12, 2021

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang ahli AKRAB JKR yang telah menerima Anugerah AKRAB Unggul pada 9 November 2021 sempena Majlis Sambutan Hari Psikologi Peringkat Kementerian Kerja Raya bagi Tahun 2021. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Malaysia.

Penerima- penerima Anugerah AKRAB Unggul dari JKR adalah:

1. Puan Norliza Binti Kamaludin – Cawangan Jalan

2. Encik Ahmad Fariz Bin Safian – Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga

3. Encik Mohd Ikhwan Bin Mohd Bustaman - JKR Negeri Kelantan

4. Puan Normawati Binti Mohamad – Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur

Selain itu, Puan Normawati Binti Mohamad dari Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah AKRAB TERUNGGUL Tahun 2021 bagi peringkat seluruh Kementerian Kerja Raya.

Pewujudan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam JKR (AKRAB JKR) di bawah seliaan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005 yang bertujuan untuk menjadi agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Platform AKRAB AKRAB JKR mencerminkan komitmen jabatan dalam mewujudkan budaya kerja positif dan membangunkan modal insan cemerlang ke arah penyampaian perkhidmatan yang unggul.

Puan Normawati Binti Mohamad (Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2021 dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah AKRAB TERUNGGUL Peringkat Kementerian Kerja Raya bagi Tahun 2021

Puan Norliza Binti Kamaludin (Cawangan Jalan) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2021

Encik Ahmad Fariz Bin Safian (Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2021

Encik Mohd Ikhwan Bin Mohd Bustaman (JKR Negeri Kelantan) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2021