Date: Khamis, November 2, 2023

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 5 orang ahli AKRAB JKR yang telah menerima Anugerah AKRAB Unggul pada 26 Oktober 2023 sempena Majlis Sambutan Hari Psikologi Peringkat Kementerian Kerja Raya bagi Tahun 2023. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Malaysia.

Penerima- penerima Anugerah AKRAB Unggul dari JKR adalah:

  1. Encik Fidri Bin Ali - JKR Negeri Pahang
  2. Encik Ismail Bin Hanafi - JKR Negeri Selangor
  3. Puan Normawati  Binti  Mohamad  -  Cawangan  Kejuruteraan  Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR.
  4. Puan Zailiena Binti Mohamed Razali - Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu     Pejabat JKR.
  5. Puan Nurul Hasnina Binti Mohamed Zain - JKR Negeri Kelantan

Selain itu, Encik Ismail Bin Hanafi dari JKR Negeri Selangor juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah AKRAB TERUNGGUL Tahun 2023 bagi peringkat seluruh Kementerian Kerja Raya.

Pewujudan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam JKR (AKRAB JKR) di bawah seliaan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005 yang bertujuan untuk menjadi agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Platform AKRAB JKR mencerminkan komitmen jabatan dalam mewujudkan budaya kerja positif dan membangunkan modal insan cemerlang ke arah penyampaian perkhidmatan yang unggul.

AKRAB

Encik Ismail Bin Hanafi - JKR Negeri Selangor merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2023 dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah AKRAB TERUNGGUL Peringkat Kementerian Kerja Raya bagi Tahun 2023

 

AKRAB

Encik Fidri Bin Ali (JKR Negeri Pahang) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2023

 

AKRAB

Puan  Normawati  Binti  Mohamad  (Cawangan  Kejuruteraan  Awam  dan Struktur, Ibu Pejabat JKR) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2023

 

Akrab

Puan Zailiena Binti Mohamed Razali (Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu  Pejabat JKR) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2023

 

akrab

Puan Nurul Hasnina Binti Mohamed Zain (JKR Negeri Kelantan) merupakan Penerima Anugerah AKRAB UNGGUL JKR Tahun 2023