Date: Isnin, Februari 26, 2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan di atas kejayaan pasukan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kerana telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam Kejohanan Karom Makswip 2024.

Kejohanan ini telah diadakan pada 24 & 25 Februari 2024, bertempat di Ruang Legar Makswip, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. 

JKR Malaysia melalui Kelab Sukan dan Kebajikan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (KSKCDPK) telah menghantar 4 pasukan, 2 Lelaki dan 2 Perempuan JKR HQ A JKR HQ B dan 1 pasukan MSJKR untuk menyertai kejohanan ini.

Daripada 17 pasukan perempuan yang menyertai kejohanan tersebut, LHDN telah diiktiraf sebagai Johan, JKR A  sebagai Naib Johan dan DBKL dan JUPEM di Tempat Ke 3 Bersama. Bagi pasukan JKR lelaki sangkut di peringkat Suku Akhir dari 29 penyertaan.

Jabatan merasa amat berbangga dengan kejayaan ini dan semoga lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat menyumbang dalam meningkatkan imej jabatan dalam bidang sukan tanahair.