Date: Isnin, Ogos 19, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan pegawai-pegawai seperti berikut :

                 

Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 19 Ogos 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)  dan YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kenaikan pangkat tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.