Date: Rabu, September 25, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Pekhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Razali Bin Che Embi ke Gred Utama C (Memangku) sebagai Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya mulai 25 September 2019.

Majlis penyerahan watikah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 25 September 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan  YBrs. Puan Mastura binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Turut hadir sama untuk mengucapkan tahniah ialah mantan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik Ir Abdul Hadi bin Abdul Aziz.

Sehubungan itu, warga Jabatan Kerja Raya ingin mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas kejayaan dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengn penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan Jabatan ini terus cemerlang. Semoga matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Tahniah sekali lagi diucapkan.