Date: Jumaat, Oktober 18, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah meluluskan kenaikan pangkat YBrs. Tuan Haji Ahmad Rosli Bin Abdul Rahman ke Gred Utama C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2019 dan pemangkuan ke Gred Utama C YBrs. Ir. Zulkifli Bin Abdul Rashad sebagai Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya mulai 22 Oktober 2019.

Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya
(Sektor Infra), YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat pada 18 Oktober 2019, di tingkat 33, Menara Kerja Raya.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.