Date: Isnin, Januari 18, 2016 
Warga JKR berbangga dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang diterima oleh Pengarah Kanan Seksyen Teknikal, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri Malaysia, YBhg. Ir. Hj Adanan Sukri B Musa yang membawa gelaran Dato' bersempena Hari Keputeraan ke-85 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 15 Januari 2016 di Istana Pahang Kuala Lumpur.
Semoga dengan penganugerahan ini menjadi pendorong kepada YBhg. Dato' untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.

- 935 bacaan