Date: Selasa, April 5, 2016
Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada KKR dan JKR kerana masing-masing telah mendapat Pengiktirafan Agensi Sektor Awam (SSR) bertaraf 5 bintang bagi Tahun 2015-2016 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
 
Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi sektor awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015. Penarafan Bintang Sektor Awam ini telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) supaya penarafan bintang dilaksanakan. Objektifnya adalah untuk menilai dan mengukur prestasi agensi sektor awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders, memperkasakan elemen transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi dan memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.
 
Pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri KSN pada petang 4 April 2016. Sesungguhnya pengiktirafan ini membuktikan bahawa KKR dan JKR sekarang berada di landasan yang betul dengan kepimpinan yang dinamik berwibawa dan didokong oleh kakitangan yang dedikasi, cemerlang dan inovatif dalam membawa jabatan ke arah kejayaan yang lebih besar dan kembali menjadi jabatan kesayangan rakyat. JASA KEPADA RAKYAT.