Date: Khamis, Disember 29, 2016
Menara Kerja Raya ( BLOK G) telah berjaya diiktiraf oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dengan sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kategori CEMERLANG.

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada warga kerja JKR Blok G serta seluruh warga JKR atas usaha, kerjasama dan komitmen dalam proses pensijilan tersebut.

Ini merupakan kejayaan terbaru menara ini. Rekabentuk Hijau dan komitmen pihak pengurusan dan warga untuk terus meningkatkan tadbir urus yang cekap membantu ke arah pencapaian ini.