Date: Rabu, Februari 10, 2021

Tahniah kepada YBrs. Ir. Khairul Nizan bin Khairudin, Jurutera Awam Penguasa Gred J52 di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu pejabat JKR Malaysia dan ditempatkan di Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan ditukarkan ke JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebagai PENGARAH berkuatkuasa mulai 15 Februari 2021.

Semoga YBrs. Ir. Khairul Nizan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang supaya matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.