Date: Selasa, Oktober 3, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 14 September 2017 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha ke Gred Utama A Secara Khas Untuk Penyandang mulai 24 Ogos 2017 dan pemangkuan ke Gred Utama Turus III mulai tarikh diarah.

Seluruh warga kerja JKR mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri KPKR di atas kenaikan pangkat tersebut. Sesungguhnya pelantikan ini pastinya menjadi pendorong kepada kecemerlangan JKR dalam peranannya menterjemahkan agenda pembangunan negara.