Date: Jumaat, March 24, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam telah memberikan Pingat Bakti Pertahanan Awam kepada YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam kali ke-71 Tahun 2023.

Sesungguhnya pengurniaan anugerah pingat ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan beliau kepada Negara dan Jabatan khususnya.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga atas penganugerahan ini. Sekalung tahniah kepada YBrs. Ir. Haji Nik Soh bin Yaacoub.