Date: Selasa, Mei 15, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara Malaysia telah meluluskan pemangkuan YBrs. En. Hasnan bin Ab Hamid ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri mulai 7 Mei 2018.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemangkuan tersebut dan menaruh kepercayaan penuh kepada beliau untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama jabatan.