Date: Khamis, April 25, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) mulai 25 April 2019. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Bin Hj. Bakar Ketua Setiausaha Negara pada 25 April 2019.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut. Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.