Date: Khamis, March 5, 2020

Seluruh warga kerja JKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang berkuatkuasa mulai 5 Mac 2020.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini. Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim bagi bersama-sama mentadbir Jabatan Kerja Raya Malaysia.