Setinggi tahniah diucapkan di atas kejayaan pasukan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Karom Makswip 2022.
Kejohanan ini telah diadakan pada 10 & 11 Disember 2022, bertempat di Ruang Legar Makswip, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya.
JKR Malaysia melalui Kelab Sukan & Kebajikan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (KSKCDPK) telah menghantar dua pasukan, JKR HQ A dan JKR HQ B untuk menyertai kejohanan ini.
Daripada 20 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut, JUPEM telah diiktiraf sebagai Johan, LHDN sebagai Naib Johan dan JKR HQ A dan JKR HQ B di Tempat Ke-3 Bersama.
Jabatan amat berbangga dengan kejayaan ini. Semoga lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat menyumbang dalam meningkatkan imej jabatan dalam bidang sukan tanahair.
- 6346 bacaan