Date: Selasa, Julai 10, 2018

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada JKR Malaysia kerana telah menerima Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif Aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) di Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-8, 10-11 Julai 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif Aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) merupakan penghargaan oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MacGDI), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli kepada pengguna aplikasi web Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Majlis penyampaian anugerah ini dirasmikan pada 10 Julai 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabagsa Putrajaya (PICC).

Jabatan Kerja Raya Malaysia menerusi Projek Aplikasi Sistem Pemantauan Potholes (ASSaP) dari Bahagian Pewartaan dan Kejuruteraan Geoinformatik, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan telah terpilih sebagai penerima Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif Aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-8. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Seri Ketua Pengarah Kerja Raya (Y.Bhg Dato Seri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha) serta Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (Ir. Mat Rosly Mat Daud) yang sudi untuk menerima anugerah penghargaan ini.

Antara lain program yang berlangsung di Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-8 ini adalah pamiran teknologi terkini berkaitan geospatial dan pembentangan kertas kerja Pembangunan Geospatial Kearah Wawasan Negara yang dibentangkan oleh panel-panel daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.