Jabatan Kerja Raya (JKR) mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Marvel yang mewakili Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR kerana telah berjaya menjadi Johan bagi Anugerah Inovasi ICT 2018, anjuran Kementerian Kerja Raya bersempena dengan sambutan Hari Inovasi 2018 dengan tema “Inspirasi Pencetus Inovasi”. Pertandingan ini telah disertai oleh semua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Inovasi ICT 2018 :
Tempat Pertama: Cawangan Kejuruteraan Elektrik,Jabatan Kerja Raya
Tajuk Projek : Electrical Material Approved List (EMAL)
Tempat Kedua: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Tajuk Projek : Mobile Apps bagi Program Pemerakuan Bahan Binaan Tempatan Dan Import
Tempat Ketiga: Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kerja Raya
Tajuk Projek : Sistem eParlimen
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diharap kejayaan ini dapat menyuntik semangat dan budaya inovasi di kalangan warga Jabatan Kerja Raya.
- 2102 bacaan