Date: Jumaat, Julai 20, 2018

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Tuan Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool telah menerima kurniaan darjah kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang tahun 2018 sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang , Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 14 Julai 2018 tempoh hari.  Majlis penyampaian darjah kebesaran tersebut telah disempurnakan pada 18 Julai 2018. Beliau telah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato'.


Seluruh warga JKR sangat berbangga dengan penganugerahan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada JKR dalam pembangunan khususnya negeri Pulau Pinang dan amnya kepada negara tercinta. Akhir kata semoga Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool terus memberi khidmat yang cemerlang kepada JKR, bangsa dan negara.