Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman atas pelantikan sebagai Presiden dan Setiausaha Kehormat Road Engineering Association Malaysia (REAM) bagi sesi 2017 - 2019.
Pelantikan tersebut berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tahunan REAM ke 20 di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini, 11 Julai 2017. Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Dato' Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman juga dilantik sebagai Ahli Majlis REAM bagi Sesi 2017-2019.
Semoga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan REAM dalam peranannya sebagai organisasi penggerak industri jalan raya di Malaysia.
- 975 bacaan