Date: Isnin, Julai 8, 2019

Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKRWatikah pelantikan telah disampaikan oleh, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 8 Julai 2019.

Berikut adalah pegawai-pegawai yang terlibat untuk kenaikan pangkat;


1. YBrs. Ir. Haji Yaakob Bin Abdul Latif, Pemangkuan Gred Utama B sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan  Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa 8 Julai 2019.




2.  YBrs. Ir. Wan Ibrahim Bin Wan Yusoff, Pemangkuan ke Gred Utama C sebagai Pengarah Bahagian Inovasi, Pembangunan dan Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya berkuat kuasa 8 Julai 2019.




3.  YBrs. Tuan Haji Roslan Bin Abd. Ghani, Pemangkuan ke Gred Utama C sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa 8 Julai 2019.




4.  YBrs. Sr. Ruzimah Binti Othman, Pemangkuan ke Gred Utama C sebagai Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa 8 Julai 2019.




Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah yang dilantik adalah dirujuk kepada yang berkenaan.