Date: Jumaat, Januari 20, 2023

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia, yang merupakan antara 26 jabatan dan agensi yang telah menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pemberian sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam kerja–kerja siasatan tragedi tanah runtuh di Laluan B66 Seksyen 14.0 Jalan Batang Kali–Genting Highlands, Daerah Hulu Selangor yang telah berlaku pada 16 Disember 2022.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia semasa Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 2023 Dan Penyampaian Sijil Penghargaan Operasi Mencari Dan Menyelamat Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali yang telah dilangsungkan pada 19 Januari 2023 (Khamis) di Putrajaya.