Date: Sabtu, Oktober 13, 2018

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya di atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka pada hari ini, 13 Oktober 2018 yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Gabenor Negeri Melaka Ke-80 pada 12 Oktober 2018.

Sesungguhnya pengurniaan pingat ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan negara di atas jasa bakti dan sumbangan YBhg. Dato' Sri kepada Jabatan Kerja Raya khususnya, negeri Melaka dan negara amnya. Seluruh warga JKR turut berbangga di atas penganugerahan ini. Tahniah YBhg. Dato' Sri.

Berita penuh majlis pengurniaan : http://melakakini.my/419-terima-darjah-kebesaran-melaka/