Date: Sabtu, Disember 8, 2018

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sr Rozita Yahya, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR di atas pengurniaan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato', sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang hari ini.

Seluruh warga JKR berbangga dengan pengurniaan ini yang menunjukkan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau kepada negeri Pahang khususnya dan negara amnya. Tahniah YBhg. Dato' Sr Rozita Yahya.