Date: Ahad, Disember 9, 2018

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Ajis bin Sitin, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), yang juga seorang Jurutera Gred J54 JKR, di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia- Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'. Pengurniaan ini berlangsung sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-88, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 8 Disember 2018.

Seluruh warga JKR berbangga dengan pengurniaan ini yang menunjukkan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau. Tahniah YBhg. Dato' Ajis bin Sitin.