Date: Isnin, Julai 23, 2018

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sr Roznita Othman dan Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah dari Unit ECKM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR atas penganugerahan Hak Cipta Harta Intelek Rangka Kerja Pengurusan Pengetahuan "A 4-Quadrant Framework on Strategy, Community, Learning and Innovation for the Application of Knowledge Management in Public Sector Organisations in Construction" daripada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Rangka kerja berkaitan pelaksanaan inisiatif pengurusan pengetahuan bagi organisasi sektor awam yang terlibat dengan industri pembinaan ini merupakan sebahagian daripada kajian penyelidikan Ph.D yang telah dijalankan oleh Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah di Universiti Teknologi Mara. Ianya telah memenangi tiga anugerah inovasi, IIDEX 2017 termasuk pemenang Silver Award bagi kategori Product Pitching (The Pitch) yang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM750.00 dan sebuah trofi.

Bermula tahun 2016, rangka kerja ini telah digunakan sebagai Rangka Kerja Pengurusan Pengetahuan JKR yang terkini bagi menggantikan rangka kerja terdahulu bersesuaian dengan tahap kematangan pelaksanaan program Pengurusan Pengetahuan yang telah dicapai oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.