Date: Selasa, Oktober 26, 2021

Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Abdul Wafi Bin Jamal, Arkitek J41 di Bahagian Reka Bentuk Fasiliti Bangunan Am 1, Cawangan Arkitek, JKR Malaysia kerana telah menerima Anugerah Menti Terbaik Perkhidmatan Awam pada 26 Oktober 2021 yang bersempena dengan Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-25 Tahun 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tan Sri Mohd. Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang berharga kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Pementoran ini terutama kepada Mentor En. Rohaimi Bin Mansor, Arkitek di Bahagian Pengurusan BIM dan PAP, Cawangan Arkitek, Penyelaras Program Cawangan Arkitek, Puan Norliza Binti Kadir dan Puan Nurvianti Binti Md. Jai, Urusetia Program Pementoran JKR, Puan Norazian Binti Salleh dan Puan Siti Khadijah Binti Abdul Ghani , Pengarah Kanan Cawangan Arkitek Ar. Ibrahim bin Isa dan semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Program Pementoran  Perkhidmatan Awam merupakan  salah  satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat PekelilingPerkhidmatan  Bil. 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Anugerah ini diwujudkan oleh pihak kerajaan sebagai penghargaan ke atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan oleh mentor dan menti.

Anugerah Tokoh Menti Perkhidmatan Awam ini diberikan kepada Menti yang telah dipilih dalam kalangan menti-menti terbaik di peringkat kementerian/agensi. Ciri-ciri Tokoh Menti adalah seperti berikut:
i)    Sentiasa proaktif, komited dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan yang diberikan;
ii)    Kreatif, inovatif dan efisien dalam merealisasikan matlamat organisasi;dan
iii)    Menunjukkan  peningkatan  kompetensi  yang cemerlang.

Semoga dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada warga jabatan agar sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua program yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan menjadi pendorong kepada kecemerlangan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif.