Date: Isnin, Oktober 22, 2018

JKR Malaysia sekali lagi melakar kejayaan menerusi Pasukan Sistem Pengurusan Tenaga Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia apabila berjaya memenangi Johan National Energy Award (NEA) 2018 Kategori 1 – Energy Efficiency (Energy Management in Large Building) pada 19 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference (IGEM) 2018.

National Energy Award (NEA) ini telah dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bertujuan untuk mengiktiraf organisasi yang telah memberikan sumbangan di dalam bidang tenaga lestari iaitu sektor kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Yeo Bee Yin kepada Ir. Harjit Singh a/l Inder Singh yang mewakili Pasukan Sistem Pengurusan Tenaga Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang dianggotai oleh wakil-wakil dari Cawangan Sengara Fasiliti Bangunan (CSFB), Cawangan Arkitek (CA), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) dan dikoordinasikan oleh Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT) di atas kejayaan yang diperolehi.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua yang terlibat. Diharap semoga usaha yang berterusan ini mendatangkan hasil yang bermanfaat untuk JKR secara keseluruhannya.