Date: Jumaat, Mei 10, 2019

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mohamad Adzizulrohim Bin Abd Malek, Jurutera Mekanikal Kanan dari Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian PHD dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Asset & Facilities Management) berkuatkuasa 25 April 2019 oleh Senat Universiti Malaya (UM). Beliau telah melaksanakan pengajian PHD secara separuh masa bermula pada Mac 2013 sehingga Oktober 2018. Tajuk tesis yang dihasilkan adalah ‘Asset Replacement Cost Decision Making Model’. Sepanjang pengajian, beliau telah membentangkan dan menyumbangkan  beberapa kertas kerja di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa yang mana antaranya adalah seperti berikut:

  1. Jurnal JKR Bil. 4 (2016): Asset Modelling on Cost Replacement Towards Transparency of Building Replacement.
  2. Jurnal JKR Bil.5 (2017): Sustainable Asset Management on Decision Making Factors of Building Retrofitting.
  3. Pembentang di JKR Research Colloquium 2018, CREATE, Alor Gajah, Melaka.
  4. Pembentang di National Asset and Facility Management 2018 (NAFAM), Putrajaya.
  5. Pembentang di 3rd MYEFM 2017 Malaysia Europe Facilities Management Conference (Circular Economy) Kuala Lumpur.
  6. Pembentang di 4th International Building Control Conference (IBCC 2016), Kuala Lumpur.
  7. Pameran Poster Penyelidikan di CREATE JKR 2017, Alor Gajah Melaka.

Hasil kajian beliau juga telah memenangi anugerah  Gold Medal Award di IRIISE 2018 dan juga Silver Medal Award di IIDEX 2018.

 

Gold Medal Award

International Research Innovation Invention Solution Exposition (IRIISE) 2018

Kuala Lumpur

14-16 August 2018

 

Silver Medal Award

Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX 2018)

UiTM Shah Alam, Selangor

24-28 September 2018