Date: Khamis, Disember 29, 2016
Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Mohamad Azman bin Ahmad, YBrs. Sr. Rozita binti Yahya dan YBrs. Sr. Hashimah binti Harun di atas pengesahan kenaikan pangkat ke Gred Utama C.
Majlis penyerahan watikah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Mohtar Bin Mohd Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam pada petang Khamis, 29hb Disember 2016 di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.
Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.


- 931 bacaan