Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada lima belas (15) orang pegawai JKR di atas pentauliahan mereka sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer (CeIO)), yang telah dianugerahkan melalui Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke 7 pada 1 November 2018, bertempat di Institut Latihan DBKL (IDB), Cheras, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj.Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Program Pegawai Integriti Bertauliah merupakan antara program utama yang disediakan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertujuan melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah bagi organisasi awam dan swasta. Pegawai Integriti Bertauliah dilatih untuk memantau jabatan/agensi di mana mereka ditempatkan dan melihat sama ada wujudnya risiko berlakunya rasuah dan mengesan kewujudan gejala yang tidak diingini.
Senarai pegawai-pegawai tersebut adalah seperti berikut:-
BIL. | NAMA | JAWATAN | GRED | PEJABAT | SIRI/TAHUN |
1 | Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin | Jurutera Awam Penguasa Kanan | J54 | JKR Pulau Pinang | Siri 18 Bil.1/2017 |
2 | Ir. Abdul Muiez bin Abdullah | Jurutera Elektrik Kanan | J48 | Caw. Kej. Elektrik | Siri 18 Bil.1/2017 |
3 | Khairulidza Binti Khalid | Arkitek | J44 | UPE, JPM | Siri 18 Bil.1/2017 |
4 | Ir. Mohd Azlan Bin Othman | Jurutera Elektrik Kanan | J48 | JKR Melaka | Siri 18 Bil.1/2017 |
5 | Ar Suzana Binti Amat | Arkitek Penguasa | J52 | Caw. Arkitek | Siri 19 Bil.2/2017 |
6 | Che Hasim bin Awang | Jurutera Mekanikal Penguasa | J52 | Caw. Kej. Mekanikal | Siri 19 Bil.2/2017 |
7 | Normayasuria Binti Abd Malek | Jurutera Awam Kanan | J48 | JKR Daerah Rembau, N. Sembilan | Siri 19 Bil.2/2017 |
8 | Ir Jeffryl Azniel bin Adzar | Jurutera Awam Kanan | J48 | Jawatan Latihan, CDPK | Siri 19 Bil.2/2017 |
9 | Noraizi bin Nordin | Jurutera Mekanikal Kanan | J48 | Jabatan Bomba, Sepang | Siri 19 Bil.2/2017 |
10 | Ir. Mohd Fadzly bin Ahmad Zawawi | Jurutera Awam | J44 | JKR Daerah Kuala Kangsar | Siri 19 Bil.2/2017 |
11 | Dr Azlina binti Aziz | Arkitek Kanan | J48 | Caw. Arkitek | Siri 20 Bil. 1/2018 |
12 | Jazlina Nor binti Sarif | Jurutera Awam Kanan | J48 | Bahagian Integriti, CDPK | Siri 20 Bil. 1/2018 |
13 | Noorsubha binti Hussin | Jurutera Awam Kanan | J48 | Bahagian Integriti, CDPK | Siri 20 Bil. 1/2018 |
14 | Mohd Khairil Annas bin Mahamad | Jurutera Awam | J41 | BPSM, CDPK | Siri 20 Bil. 1/2018 |
15 | Pubalan a/l Kuppusamy | Jurutera Awam | J41 | Caw. Senggara Fasiliti Jalan | Siri 20 Bil. 1/2018 |
Semoga dengan pentauliahan mereka ini dapat mengukuhkan integriti JKR iaitu memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam JKR serta mengesan dan mengesahkan aduan salah laku rasuah dan penyelewengan kakitangan JKR dan menasihati pihak pengurusan JKR dalam aspek integriti.
- 2585 bacaan