Date: Selasa, April 13, 2021

KENAIKAN PANGKAT YBHG. DATUK IR. RAZDWAN BIN KASIM, JURUTERA MEKANIKAL GRED UTAMA B KE JURUTERA MEKANIKAL GRED UTAMA A, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR), JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil. 3 Tahun 2021 yang bersidang pada 30 Mac 2021 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Jurutera Mekanikal Gred Utama B ke Jurutera Mekanikal Gred Utama A berkuatkuasa 5 Mac 2021.

Tahniah diucapkan di atas kenaikan pangkat YBhg. Datuk Ir. Razwan bin Kasim dan berharap dapat memberi sumbangan dalam menjayakan misi dan visi jabatan.

 

PERLANTIKAN SEBAGAI PENGARAH KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE), JABATAN KERJA RAYA, KEMENTERIAN KERJA RAYA, MEMANGKU GRED UTAMA B.

 

Sukacita diucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas pelantikan YBrs. Ir. Razhiah binti Wahab sebagai  Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Memangku Jurutera Awam Gred Utama B berkuatkuasa mulai 12 April 2021.

Semoga YBrs. Ir. Razhiah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang serta memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

 

 

PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR, KEMENTERIAN KERJA RAYA, MEMANGKU GRED UTAMA C

 

Sukacita diucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas pelantikan YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd Aziz sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Kementerian Kerja Raya, memangku Jurutera Awam Gred Utama C berkuatkuasa mulai 12 April 2021.

Semoga YBrs. Ir. Abu Bakar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang serta memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

 

PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PEMBINAAN, PASUKAN PROJEK KHAS 2, JABATAN KERJA RAYA, KEMENTERIAN KERJA RAYA, MEMANGKU GRED UTAMA C

 

Sukacita diucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas pelantikan YBrs. Ir. Jasmi bin Wahab sebagai Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, memangku Jurutera Awam Gred Utama C berkuatkuasa mulai 12 April 2021.

Semoga YBrs. Ir. Jasmi dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang serta memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.