Date: Isnin, Oktober 9, 2017

Setinggi – tinggi ucapan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah dianugerahkan Sijil Anugerah Penarafan 5 Bintang Standard Psikologi Sumber Manusia bagi tahun 2017 sempena Persidangan Psikologi Modal Insan 2017. Majlis telah berlangsung pada 9 Oktober 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan anugerah telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Seluruh warga kerja JKR merakamkan ucapan tahniah kepada KKR dan semoga anugerah ini menjadi pemangkin kecemerlangan untuk tahun-tahun seterusnya.